Berat Sama Dipikul,
Gunung Sama Didaki,
Lurah Sama Dituruni....
merupakan peribahasa yang sering kita dengar. Tetapi sejauh manakah kita mengamalkannya dalam kehidupan masyarakat seharian?
Peribahasa ini memberi mesej yang sangat jelas kepada kita betapa pentingnya semangat bergotong royong, bermuafakat dan bekerjasama.
Alhamdulillah pada hari ini guru-guru SATSL seramai 15 orang telah meluangkan masa untuk hadir ke sekolah bagi tujuan Program Gotong Royong yang diketuai oleh GPK 1- Tn. Hj. Dalial bin Sulaiman. Di antara aktiviti yang dilaksanakan ialah menanam semula pokok-pokok bunga, memurnikan kawasan astaka, membersihkan kolam ikan dan mengemas bilik kaunseling. Aktiviti bermula pada jam 8.00pagi-12.00 tengahari.
Sesungguhnya..pekerjaan yang berat sudah tentu menjadi ringan apabila disempurnakan secara beramai-ramai. Bak kata pepatah, " Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah".
Semoga aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
Gotong royong budaya yang harus dikekalkan masa kini.
No comments:
Post a Comment