Kini..agenda menuntut ilmu diteruskan. Maka bermulanya aktiviti pengajaran @ pembelajaran dan ko-kurikulum yang harus diteruskan bagi tujuan memperkasakan ilmu. Buat anak-anak Darjah 6, usah lalai dan leka..giatkan usaha tanpa berpaling. Amali Al-Qur'an @ Hafazan SDEA kian menghampiri. Buat semua peserta Perujian Ko-Kurikulum Peringkat Zon, masa begitu mencemburui. Tanggal 30 Mac 2011 hanya tinggal beberapa detik lagi. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar Johan Keseluruhan Peringkat Zon (5 kali berturut-turut) yang berjaya dirangkul oleh SATSL dapat dikekalkan.
Kesungguhan menuntut ilmu diibaratkan seperti mata pedang, hanya ketabahan dan usaha dapat menjamin kejayaan. Sesungguhnya impian tanpa usaha umpama dian yang tidak bercahaya.
Justeru, program membudayakan Pendidikan Pemahaman Qur'an (PPQ) telah dilaksanakan di sekolah dengan harapan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
SATSL Tanggungjawab Kita. Bersama-samalah kita mengorak langkah mengikut arus zaman yang dapat diseimbangkan dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.
No comments:
Post a Comment