Tahniah diucapkan kepada AJK@bendahari BKSA cemerlang - ustazah Saripah binti Abd. Rahman di atas usaha beliau dalam menjayakan beberapa aktiviti anjuran BKSA bersama pihak sekolah.
Gejala sosial yang melanda para remaja kebelakangan ini menuntut kita berganjak untuk berbuat sesuatu pada diri kita dan anak-anak didik kita supaya tidak kecundang dalam usaha meningkatkan martabat dan maruah agama, bangsa serta negara.
Untuk mencapai hasrat tersebut, BKSA seharusnya bergerak seiring dengan jentera sekolah dalam apa jua strategi bagi memastikan hanya yang terbaik sahaja yang diberikan kepada para pelajar. Justeru, marilah sama-sama kita, ibu bapa melalui BKSA terus menyokong sekolah dalam usaha membantu pelajar-pelajar @ anak-anak kita ke arah kecemerlangan dunia @ akhirat.
No comments:
Post a Comment