( Pangkat 1 : 60 orang )
( Pangkat 2 : 21 orang )
( Pangkat 3 : 39 orang )
( SAA : 26 orang )
( Gagal : 4 orang )
Pihak sekolah merakamkan setinggi tahniah kepada semua pelajar di atas kejayaan yang membanggakan. Ungkapan " Usaha Tangga Kejayaan" usah diragui kerana buktinya adalah apa yang telah diperolehi hari ini. Syukur padamu Ya-Allah.. Sesungguhnya " Doa memberi kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan' - Khalifah Abdul Malik Marwan- .
Sekalung penghargaan dan tahiah diucapkan jua kepada guru-guru Darjah Khas iaitu Ustazah Hjh. Asnah binti Ahmad, Ustazah Hjh. Zaidah binti Zahidin, Ustazah Khairiah binti Pujot, Ustazah Anita binti Parmon, Ustazah Saripah binti Abd. Rahman dan Ustazah Azmah binti Kiar yang sentiasa mengamalkan prinsip Kerja Guru iaitu 'Ketepatan Waktu, Komited, Kerja Berkumpulan, Sistematik, Kreatif dan Berdisiplin di dalam melaksanakan tugas.
Terima kasih jua kepada Penyelia Peperiksaan Daerah Kluang iaitu Tn. Hj. Shamsudin bin Awang yang sentiasa memberikan tips kecemerlangan dan kaedah berkesan di dalam menjawab soalan.
Tidak lupa kepada pihak ibu/bapa yang sentiasa memberikan kerjasama di dalam apa jua aktiviti sekolah yang berkaitan dengan usaha kecemerlangan anak-anak.
Tiada bahasa seindah rasa yang dapat dinukilkan, tiada harga yang setinggi nilainya yang dapat diumpamakan. Terima kasih di atas semua pihak yang terlibat di dalam usaha ke arah kecemerlangan anak-anak pelajar Darjah Khas SATSL.
tahniah pada cikgu2 yang ajar kami (budak2 darjah khas) ! terima kasih cikgu ! <3
ReplyDeleteAlhamdulillah, t.kasih ..Tahniah buat Faizah @ rakan2 yg. berjaya. Moga cemerlang dunia @ akhirat.
ReplyDelete