![]() |
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa |
![]() |
Hilang di mata namun di hati tidak lupa |
Patah tumbuh hilang berganti..Pemergianmu sukar dicari ganti..
Jam 11.00 pagi, bersama suasana hening, redup dan penuh kedamaian..kami nantikan kedatangan Ustazah Khairiah binti Pujot bersama seribu harapan..ternyata kehadirannya yang seminit pun tidak terlewat, merupakan saat bermakna buat kami.
Hari ini adalah detik terindah untuk merakamkan kenangan akhir bersamanya sebelum beliau melangkahkan kaki ke sekolah baru iaitu SA Bandar Renggam sebagai PK 1.
Ucapannya yang penuh warna warni.. suka dan duka, pilu dan hiba, ceria dan gembira, teradun menjadi satu ungkapan.."Biarlah Rahsia".. Harapan kami semoga ustazah Khairiah gembira di tempat baru..
No comments:
Post a Comment