Friday, June 24, 2011

PROGRAM 'PERMATA HATI'

Tarikh : 24.06.2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi- 11.30 tengahari
Tempat: Kelas masing-masing

Kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya. Justeru, hari terbuka yang diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk mengeratkan hubungan para guru dan ibubapa. Pada hari Jumaat yang permai kali ini, para pelajar SATSL bersama ibubapa / penjaga masing-masing telah terlibat dengan program hari terbuka.

Program yang antara lain bermatlamat untuk memaklumkan kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa serta bersama-sama bertindak progresif untuk memajukan potensi diri pelajar bagi mencapai tahap cemerlang serta menyediakan diri pelajar yang berpotensi untuk lulus cemerlang ke arah persediaan lebih kompetitif. Pelbagai program kerjasama BKSA sedang giat dirancang bagi memastikan mutu pelajar yang lahir dari SATSL tidak akan dipandang sebelah mata oleh masyarakat setempat khasnya dan masyarakat global amnya.

click for more

Semoga SATSL terus unggul..

No comments:

Post a Comment