Thursday, May 5, 2011

JUARA PERINGKAT DAERAH


5 MEI 2011- Perujian Ko-kurikulum Peringkat Daerah telah diadakan di Sekolah Agama (F) Kahang Timur. Majlis telah dirasmikan oleh En. Nor  Ikhsanuddin bin Harun Al-Rashid, Pengarah Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri.


 Acara kemuncak iaitu pengisytiharan keputusan perujian telah diumumkan pada jam 2.00 petang. Bersama panahan mentari dan keringat yang membasahi, seiring dengan rasa debaran oleh setiap peserta dan guru pengiring, akhirnya berita gembira dikhabarkan buat kami. 


Syukur Alhamdulillah, peserta SATSL berjaya mewakili daerah untuk ke peringkat negeri dan SATSL juga  memperolehi markah keseluruhan sekolah terbaik daerah Kluang. Tiada bahasa seindah rasa yang dapat kami gambarkan, sesungguhnya kejayaan ini amat bermakna buat kami. Terima kasih kepada para peserta yang berusaha gigih, para guru yang giat melatih, para ibubapa yang memberi sokongan dan pada semua yang terlibat di atas usaha menuju kejayaan yang diraih.   


Kejayaan bermakna ini adalah hadiah buat warga SATSL khususnya kepada bonda Hjh. Asnah binti Ahmad, guru besar kami yang akan bersara pada bulan September ini. Semoga segala kejayaan sekolah yang diraih pada tahun ini akan menjadi momentum terindah buat beliau setelah bersara nanti.


" Usaha Tangga Kejayaan "

No comments:

Post a Comment