22 April 2011 - SATSL telah menerima kunjungan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang iaitu YB R Vidyanathan. Lawatan YB adalah bertujuan untuk memantau bangunan TAJ ekoran permohonan peruntukan baikpulih bangunan pada tahun 2008. Menurutnya, peruntukan sebenar belum sampai pada kerajaan negeri, namun kelulusan sudah ada ke arah penyelesaian.
Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kluang bersama Penyelia Seksyen Pengurusan dan Pembangunan dan Penyelia KAFA, Pengerusi BKSA serta AJK.
No comments:
Post a Comment