Wednesday, May 2, 2012

MAJLIS DOA SELAMAT TAJ

Tarikh      : 02 Mei 2012 / Rabu
Masa       : 8.00 mlm
Tempat    : Dewan TAJ (Tadika Agama Johor)

         Majlis doa selamat dan kesyukuran telah diadakan pada malam ini bertempat di dewan TAJ. Seramai 50 orang ibubapa/penjaga telah hadir bersama anak masing-masing bagi memeriahkan majlis yang diadakan . 
       Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan penyelaras TAJ iaitu ustazah Hjh. Shamshiah binti Abd.Manaf, diikuti dengan bacaan surah Yaasin di bawah pimpinan Tuan Imam 2 Taman Sri Lambak iaitu ustaz Mazehan bin Musa, ucapan guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu ustaz Hj. Dalial bin Sulaiman dan diakhiri dengan jamuan. Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada ibubapa/penjaga dan anak-anak TAJ serta guru-guru yang hadir pada malam ini. Semoga Allah memberkati majlis ini.

...جزاكم الله خيرا كثيرا ...

No comments:

Post a Comment