Tuesday, April 24, 2012

PELANCARAN SKOR 9A SDEA

Tarikh    : 24.04.2012 / Selasa
Masa     : 4.00 - 5.15 ptg
Tempat  : Dewan Al-Biruni SATSL
Perasmi : Tn. Hj. M.Noor bin A.Rahman

        Pelancaran SKOR 9A SDEA (Sijil Darjah Enam Agama) telah dilaksanakan pada petang yang berbahagia ini dalam suasana yang penuh gilang gemilang. Seramai 188 orang pelajar Darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan SDEA yang terdiri daripada kelas 6 Hanafi, 6 Hanbali, 6 Umar, 6 Uthman, 6 Ali dan 6 Abu Hurairah telah hadir bersama guru kelas masing-masing di dewan Al-Biruni.
          Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Tn.Hj.M.Noor bin A.Rahman, guru besar SA Taman Sri Lambak. Di dalam ucapannya, beliau berharap agar Skor 9A SDEA yang dilancarkan pada petang ini merupakan satu usaha penting ke arah meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan di sekolah ini. Transformasi ini boleh dijayakan melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan. Dengan harapan besar ini, warga SATSL menggalas tugas yang amat mencabar untuk meningkatkan kualiti pendidikan agama di samping melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, beriman dan beramal serta kreatif, inovatif dan  berwawasan  Beliau juga berharap agar warga SATSL perlu sentiasa peka dan responsif dengan tuntutan semasa dan menjadikan usaha ini sebagai agenda penting pembangunan modal insan negara yang dicintai. 
               Calon-calon SDEA yang diketuai oleh Ketua pengawas telah melafazkan ikrar dan akujanji 9A dengan penuh bersemangat disaksikan oleh tuan guru besar dan guru-guru darjah 6 yang sentiasa mendoakan agar mereka bersama beroleh keberkatan di dalam usaha mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakan majlis pelancaran ini, tidak lupa jua ucapan terima kasih kepada pembantu tadbir iaitu En. Adam bin Omar selaku perakam peristiwa pada petang ini.







No comments:

Post a Comment