Friday, April 6, 2012

KARNIVAL JELAJAH JANJI DITEPATI


Tarikh : 07.04.2012 (Sabtu)
Masa  : 09.00 pagi
Tempat : Stadium Batu Pahat, Jalan Ampuan, Batu Pahat



BATU PAHAT - Kira-kira 50 000 orang dijangka membanjiri Stadium Batu Pahat di sini esok sempena kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Karnival Jelajah Janji Ditepati.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani bin Othman berkata,"Penduduk Batu Pahat khususnya dan negeri Johor umumnya, pasti berasa amat bertuah dengan kunjungan Perdana Menteri dalam program yang paling besar diadakan di daerah ini". Katanya kepada pemberita selepas melawat tapak karnival berkenaan di Stadium Batu Pahat hari ini.


ABDUL Ghani Othman (tengah) menerangkan sesuatu 
semasa meninjau persiapan Karnival Jelajah Janji Ditepati 
di Stadium Batu Pahat, Johor, semalam.




Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment