Friday, April 20, 2012

FIKIRKAN BOLEH!

SUKAN TAJ PERINGKAT SEKOLAH

              Sukan TAJ peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini bertempat di padang SATSL. Seawal jam 7.30 pagi, murid-murid yang mengambil bahagian telah bersedia dengan peralatan masing-masing, manakala  murid-murid yang lainnya telah berkumpul di padang sekolah untuk memberi sokongan dan sorakan semangat. Antara acara yang dipertandingkan ialah berlari, membawa bola di dalam sudu, berjalan sambil membawa pundi kacang di atas kepala, mengisi air di dalam botol dan beberapa acara lain yang turut dipertandingkan.
             Turut hadir ialah Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum. Para pengadil pula adalah terdiri daripada guru-guru sesi petang iaitu Ustaz Jefree bin Abd. Samat, Ustazah Rosiah binti Othman, Ustazah Mazliana binti Ramali dan Ustazah Noriza binti Selamat. Murid-murid yang berjaya akan mewakili sekolah untuk ke peringkat daerah yang akan diadakan pada 26.04.2012. Penyampaian hadiah telah dilaksanakan pada jam 10.00 pagi bertempat di dewan TAJ dan disempurnakan oleh tuan guru besar.
            Seusai acara padang, diadakan pula majlis Sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran murid-murid yang lahir pada bulan Mac dan April. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Jefree bin Abd. Samat, ucapan Penyelaras TAJ, ucapan Tn. Guru Besar, acara memotong kek, penyampaian hadiah hari jadi dan diakhiri dengan jamuan yang sangat istimewa. Ucapan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada para ibubapa yang telah menaja jamuan dan hadiah hari jadi pada majlis hari ini. Pada jam 11.30 pagi, murid-murid beredar pulang bersama ekspresi wjah yang penuh ceria dan kegembiraan.













No comments:

Post a Comment