Jom kita mengembara sejenak sambil mengimbau masa-masa yang telah berlalu.
10 tahun dahulu,
10 hari yang lalu,
10 jam yang lalu,
atau mungkin 10 minit yang lalu.
10 hari yang lalu,
10 jam yang lalu,
atau mungkin 10 minit yang lalu.
Bagaimana rasanya kita ber"interaksi" dengan Allah s.w.t? Manusia di sekeliling kita? Makhluk lain yang sentiasa bertasbih di sekeliling kita? Dan bagaimana pula kita berinteraksi dengan musuh yang nyata- syaitan?
Hidup ini adalah medan ujian untuk manusia sesuai dengan firman Allah,
"Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)."(Al-Mulk: 2)
Binasalah diri jika simbiosis kita antara syaitan dan juga Iblis merupakan Simbiosis Mutualism yang memberi manfaat kepada makhluk ingkar itu.
Kerana Simbiosis bagi Iblis hanyalah Parasitism yang sentiasa bermati-matian menarik berbondong-bondong anak-anak Adam a.s ke dalam neraka.
Kerana Simbiosis bagi Iblis hanyalah Parasitism yang sentiasa bermati-matian menarik berbondong-bondong anak-anak Adam a.s ke dalam neraka.
Ada yang memberi alasan; "Aku tengok ramai je orang yang kaya-raya berfoya-foya macam dah tak ingat dunia, tidak ditimpa bala, tidak menjadi miskin malah yang tidak menutup aurat dengan sempurna semakin hidup dengan gembira hari demi hari."
Sungguh rugi mereka yang beranggapan demikian.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Ya, istidraj. Nikmat yang diberi oleh Allah untuk menyesatkan lagi, bukan mendekatkan mereka kepada Rabb nya.
Bagaimana pula Simbiosis kita dengan ibu bapa kita? Di mana doa-doa kita untuk mereka setiap hari? Tingginya martabat ibu dan bapa di dalam Islam sehingga dizahirkan dalam Quranul Karim.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembalimu(untuk menerima balasan)." (Luqman 31:14)
Firman Allah:"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika waktu kecil." (al- Isra'17:24)
No comments:
Post a Comment