15 Julai 2011- Seusai menunaikan Solat Asar bersama jemaah masjid, para pelajar dan para guru telah berhimpun di Laman Ilmu, Masjid Nurul Iman Taman Sri Lambak untuk menghayati tazkirah "Nisfu Syaaban" yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Jefree bin Abd. Samat. Program yang telah berlangsung selama 1 jam 15 minit itu ternyata memberi impak yang besar kepada kami agar dapat menghidupkan malam Nisfu Syaaban yang penuh keberkatan.
Bagaikan tidak mahu berganjak dari majlis ilmu, lantaran terpaku dengan tayangan slide tentang rintihan Ahli Kubur yang sangat mengujakan dan memberi keinsafan kepada kami, namun masa begitu mencemburui. Tepat jam 6.15 petang, program ini diakhiri dengan bacaan doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W. pada bulan Syaa'ban. Semoga Allah mengampuni dosa dan menerima amalan kami. Tahniah dan terima kasih kepada Ustaz Jefree bin Abd. Samat di atas tazkirah dan slide yang penuh bermakna. ..
"Jazakallah hu hoiron kathiron"...
Rejab sudah berlalu. Kini Syaaban tiba. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan)."
No comments:
Post a Comment