Wednesday, July 6, 2011

TERAPI MINDA

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, 
dihiasi pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai
benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan
Orang yang berilmu di antara orang-orang yang jahil....adalah seperti pohon yang hijau di tengah-tengah pohon yang kering
Jika kamu cintakan kepada bunga, bunga itu akan layu......jika kamu cintakan kepada manusia, manusia itu akan mati.......
Oleh itu, cintailah Allah kerana ia kekal abadi
Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun..
Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan,
 dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan.

No comments:

Post a Comment