Saturday, June 11, 2011

DI SINI BERMULA NAMUN TIDAK BERAKHIR DI SINI..

11 Jun 2011 - Majlis Konvokesyen Darjah Khas 2010 (Kali Pertama) bagi Sekolah-sekolah Agama Daerah Kluang telah diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 400 orang pelajar telah hadir untuk menerima sijil Darjah Khas mengikut lulusan masing-masing. 

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para lulusan khususnya pelajar-pelajar daripada SATSL. Majlis ini merupakan acara kemuncak yang menjadi tanda kejayaan dan pengiktirafan untuk semua pelajar yang telah berjaya mengharungi tempoh pendidikan di Sekolah Agama Kerajaan Johor.

Sesungguhnya, pengiktirafan yang diberikan adalah merupakan titik permulaan untuk menerokai alam pendidikan yang penuh cabaran. Semoga para lulusan akan sentiasa berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan masa kini.

TAHNIAH buat para lulusan SATSL
Saat-saat terindah...

wajah-wajah ceria di sekitar majlis Konvokesyen  DK  2010
Nurul Shaidah binti Sahak bersama ibubapa tersayang
Teruskan perjuangan kalian wahai anak-anak harapan...
Di sini bermula..namun tidak berakhir di sini..
Tokoh Canselor satu ketika nanti
Kami janji..Kami rela..Tekun berusaha..
Pemangkin Kegemilangan Pendidikan Negara
Kejayaan ini..hadiah buatmu ayah..
Nadi Penggerak Majlis Konvokesyen DK . 
Penyelia-penyelia Daerah Kluang

No comments:

Post a Comment